Berkunjunglah ke PKG untuk...

  • mendapatkan khidmat nasihat Teknologi pendidikan dan rakam salin bahan P&P.
  • mengadakan mesyuarat, taklimat, kursus, bengkel, perjumpaan dan seumpamanya.
  • menggunakan pusat sumber.
  • meminjam buku, bahan bukan buku dan peralatan.
  • penggunaan internet bagi mengakses maklumat berkaitan pendidikan.

Matlamat PKG

Matlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan merealisasikan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran dan wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan negara.

Peranan PKG

  • PKG sebagai pusat kegiatan ikhtisas kurikulum
  • PKG sebagai pusat sumber rujukan
  • PKG sebagai kegiatan sosial/komuniti
  • PKG sebagai agensi perubahan
  • PKG sebagai agen penyelesaian masalah

Pelan Lokasi PKG Bagan Serai

Piagam Pelanggan PKG Bagan Serai

Kami PKG Bagan Serai dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:

  • Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
  • Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
  • Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.
  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.

Objektif PKG Bagan Serai

  • Meningkatkan kualiti pendidikan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang.
  • Menjalankan aktiviti penyelidikan untuk mengesan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Mengesan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru secara usahasama.
  • Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan kualiti profesionalisme mereka.
  • Membina dan mengukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing di kalangan guru.
  • Mempertingkatkan keterampilan guru-guru melalui program latihan dalam perkhidmatan sejajar dengan perkembangan kurikulum.
  • Menyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan.
  • Merapatkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan pendidikan.
  • Menyediakan kemudahan untuk guru menjalankan aktiviti sosial yang membina.
  • Mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
  • Mengeratkan hubungan dengan masyarakat korporat supaya pelajar-pelajar dapat peluang memahami aspek perdagangan dan perindustrian dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat.

Visi dan Misi PKG Bagan Serai

VISI

Mewujudkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah kelompok PKG.


MISI

Membina dan mengekalkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan secara kreatif di kalangan guru dan pelajar di setiap sekolah kelompok bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.