Sejarah PKG Bagan Serai


Pusat Kegiatan Guru Bagan Serai merupakan salah sebuah daripada 48 buah PKG tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terdapat di Negeri Perak. Semenjak ditubuhkan dalam pertengahan tahun 80 an, PKG bagan Serai menumpang di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bagan Serai. Ia telah dikendalikan secara sambilan oleh seorang guru Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.

Pada awal tahun 1990, sekali lagi penyelarasan dibuat dimana PSPD Bagan Serai dikenali dengan nama PKG Bagan Serai dan dianggotai oleh 15 buah sekolah iaitu 5 buah Sekolah Menengah, 5 buah Sekolah Rendah, 2 buah SRK(C) dan 3 buah SRK(T).
Pembinaan bangunan baru PKG Bagan Serai diatas peruntukan Kementerian dalam fasa 1 telah bermula.Pada penghujung tahun yang sama bangunan baru PKG Bagan Serai telah siap dibina dan telah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari Jumaat 3 mei 1991.

Pada 5 September 1992 PKG Bagan Serai telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato’ Asiah Bt Abu Samah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Pengisytiharan ini telah dilakukan di PKG Bota.

Dari segi pengoperasiannya, PKG Bagan Serai telah diuruskan oleh seorang Pegawai Penyelaras secara sepenuh masa dan dibantu oleh seorang Pembantu Rendah Awam (PRA). Sebuah organisasi Jawatankuasamengerakan Induk dibentuk bagi mengendalikan perjalanan aktiviti PKG Bagan Serai. Jawatankuasa bertanggungjawab meluluskan aktiviti yang dirancang dan dibentang untuk kelulusan sebagai aktiviti tahunan. Dengan dasar pemuafakatan dari semua pihak PKG Bagan Serai dapat mengerakkan aktivitinya bersesuaian dengan kehendak guru-guru setempat.

Dalam tahun 1996 PKG Bagan Serai diperuntukan seorang pembantu tadbir (PT 9 sambilan) bagi membantu kerja-kerja perkeranian di PKG. Jawatan ini telah ditamatkan kerana masalah kewangan.

Bermula tahun 2005 semua PKG seluruh Negeri Perak telah diperuntukan seorang lagi Pegawai Teknologi Pendidikan DGA 29 dan seorang pembantu tadbir N17 yang bertanggungjawab dalam hal pengkeranian.Ini menjadikan jumlah staf di PKG Bagan Serai seramai 3 orang.

0 comments:

Post a Comment